Sabtu, 23 Maret 2019

Contoh Pidato Tentang Gaya Hidup Sehat

Contoh Pidato Singkat – Pidato merupakan kegiatan berbicara di depan umum atau bisa juga disebut orasi dengan tujuan menyatakan pendapat danmemberikan gambaran tentang suatu hal. Pidato bisa dilakukan oleh siapa saja, namun biasanya dibawakan oleh seseorang yang cukup penting untuk memberikan orasi-orasi pada suatu acara tertentu.
Berikut ini kita akan mengulas lengkap mengenai contoh pidato singkat yang baik dan benar. Mulai dari contoh pidato perpisahan, contoh pidato bahasa indonesia, contoh pidato tentang lingkungan, contoh pidato pendidikan, contoh pidato tentang disiplin, contoh pidato narkoba, contoh pidato tentang kesehatan, contoh pidato lucu dan menghibur, contoh pidato agama, contoh pidato tentang kebersihan kelas, dll.

Anda bisa menyiapkan sebuah teks kecil jika tidak sanggup menghapal pidato singkat atau belum terbiasa untuk melakukan pidato secara natural. Berikut ada beberapa contoh pidato singkat tentang berbagai bidang yang dapat Anda jadikan sebagai suatu referensi.

Contoh Pidato Singkat – Berikut ini penjelasan lengkap seputar contoh pidato singkat. Mulai dari Contoh pidato singkat tentang narkoba, contoh pidato singkat tentang pendidikan, contoh pidato singkat tentang kebersihan, contoh pidato singkat tentang kesehatan, contoh pidato singkat tentang agama, dll.

------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------



BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM,
Sejambak kasih, seharum kasturi buat peneraju majlis ,kombinasi kehakiman yangberlandaskan neraca keadilan, penjaga masa yang peka tiap detiknya, warga pendidik yangdisanjungi, rakan-rakan seperjuangan seterusnya warga dewan sekalian. 

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh. Pembuka bicara.Gaya Hidup Sihat Menjamin Kesejahteraan Keluarga. Demikianlah tajuk pidato yang bakaldikupas buat santapan semua. Sebelum layar menuju ke muara, sebelum kata membelahbicara izinkan saya mendifinisikan frasa yang membina tajuk agar hadirin terbuka mindanya.
 
Hadirin sekalian,
Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yangmembawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Manakala, amalangaya hidup sihat memang banyak kepentinganya kepada manusia. Justeru itu,denganmengamalkan gaya hidup sihat, keluarga akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. 
 
Hadirin yang dimuliakan,saya tampilkan hujah saya yang pertama,Setiap orang hendaklah melakukan senaman atau riadah yang mengeluarkanpeluh iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Contoh sukan yang boleh diamalkanadalah seperti bermain badminton, bola sepak,menunggang basikal, berjogging atauberenang. Jika badan seseorang individu itu sihat dan cergas,sudah pastilah dayapermikiranya juga cerdas. Otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas. Individu
yang sihat dapat menjamin kesejahteraan keluarga.

Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu ahli keluarga itu akan dapat mengekalkan kecergasan diri dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang produktif dan proaktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti Negara.Para hadirin sekalian, seterusnya hujah saya yang kedua,Pengambilan makanan yang seimbang mengikut hierarki pyramid makanan menjamin seseorang individu dan keluarga itu mendapat khasiat dan nutrient serta vitamin yang diperlukan. Contohnya,seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolestrol yang tinggi. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan oleh setiap individu secara berkala. Ini dapat memastikan aggota dalaman tubuh seperti jantung, hati dan buah pinggang berfungsi dengan baik. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Hadirin yang saya hormati, 
menyusul pula hujah saya yang ketiga, Gaya hidup sihat juga membawa pengertian bahawa seseorang itu harus bijak memilih rakan dalam pengaulan seharian. Dalam era globalisasi masa kini, terlalu banyak unsur-unsur negatif yang boleh mendatangkan bahaya kepada kita ,seandainya kita terleka. Pengaulan dengan rakan yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti merokok,menghidu gam, penyalahgunaan dadah yang boleh mendatangkan bahaya kepada kita. Justeru , kita yang dikurniakan akal yang waras seharusnya bijak memilih antara yang baik dan yang buruk agar tidak terjerumus ke lembah kehancuran. Katakanlah tak nak kepada merokok, katakan tidak kepada menghidu gam dan katakan najis kepada dadah, pasti dapat menjamin kesejahteraan kekeluarga.

Hadirin sekalian,hujah saya yang terakhir iaitu yang keempat, Seterusnya,gaya hidup sihat juga dapat menjamin kestabilan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya,tempoh istirehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan minda. Dengan itu gaya pemikiran seseorang akan menjadi lebih positif dan mampu menyelesaikan masalah. 

Hadirin sekalian,setelah empat hujah yang saya utarakan ,kini dapatlah disimpulkan bahawa Kesejahteraan keluarga adalah bergantung kepada gaya hidup yang diamalkan oleh ahli keluarga. Telah dinyatakan tadi bahawa kita perlu melakukan aktiviti senaman dan riadah dalam hujah pertama.Seterusnya disyorkan agar kita mengamalkan pemakanan seimbang. Kita juga perlu bijak memilih rakan dalam pengaulan. Akhir sekali istirahat dan tidur yang mencukupi mengurangkan tekanan. Dalam erti kata lain, amalan kehidupan 

seharian kita adalah penentu kesejahteraan keluarga. Oleh itu,hasrat untuk melahirkan
keluarga yang sejahtera akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, berat
sama dipikul,ringan sama dijinjing.
Sekian , Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahhiwabarokatuh.
 
     
pembahasan singkat tentang contoh pidato singkat yang lucu dan menghibur. Mulai dari contoh pidato kemerdekaan, contoh pidato perpisahan kelas 6, contoh pidato perpisahan kelas 9, contoh pidato perpisahan kelas 12, contoh pidato ulang tahun, contoh pidato resmi, contoh pidato cinta tanah air, contoh pidato upacara bendera, contoh pidato hari ibu, contoh pidato islami yang menarik, contoh pidato reuni yang bagus, mudah dihafal, berkesan, menarik, dll.

Related Posts

Contoh Pidato Tentang Gaya Hidup Sehat
4/ 5
Oleh